Monday, May 30, 2011

dia yang hanya mampu memandang


gambar ni biasa. tapi cukup menginsafkan.

seorang anak kecil.
yang hanya mampu memandang.
pada suatu poster itu.

tanpa sepatu.
berjalan mencari rezeki.
demi mengalas perut.
yang berkeroncong dari pagi.

tanpa rungutan.
tanpa keluhan.
senyuman jelas terukir di bibir.
kerna dia yakin.
ini semua hanyalah dugaan dunia.


pernah saya terbaca suatu artikel yang mengisahkan pasal syurga dan neraka. diceritakan bahawa apabila seorang yang begitu sengsara di dunia, namun apabila dicelupkan ke dalam syurga walau hanya sesaat, segala kesengsaraannya hilang sekelip mata.

pesanan ini untuk diri saya, diri saya, diri saya dan sekalian kawan2. segala dugaan dunia hanya sementara. moga kita tabah hadapinya. kerna yang jelas, kehidupan yang kekal abadi hanyalah di akhirat sana. amin.





Friday, May 27, 2011

pusat sains negara: Xciting Xtivity

kalau tanya budak lelaki, apa yang menarik tentang sains, 97% akan jawab sebab belajar topik pembiakan. hahaha. dah berapa kali survey, jawapan ni jugak yang keluar. pastu muka semua nak blushing kan? hahahaha ;D

tapi kalau tanya saya, apa yang menarik tentang sains di Pusat Sains Negara?

jawapan saya ini.






ini bukan magis macam dalam Harry Potter tu. tapi ini adalah kimia. nak tau best ke tak? cubalah sendiri di sini *macam iklan syampoo pulak dah* :D

Tuesday, May 24, 2011

pusat sains negara: malaysian tourism fair 2011

ahad lepas saja-saja join Malaysian Tourism Fair di PWTC. ramai yang tak tahu pasal MTF ni. ia berlansung dari 20-22 Mei 2011 lepas. alhamdulillah, booth PSN dapat sambutan hangat. hot!

frankly speaking, ini kali pertama saya join event besar yang bertaraf kebangsaan macam ni (selain kuiz kimia pelik yang kene jawab time form 4 dulu..hahaha). it was very fun. jumpa ramai orang, macam-macam ragam. ada sekumpulan orang dari Iran datang booth kami dan dia sangat teruja dengan demo yang kitorg bawa. in fact, dia sanggup suruh kawan dia di booth lain datang booth kami. amazing huh?

then, ada seorang makcik ni, siap berkenalan bagai. haha. tatau la kalau dia anak anak teruna solo ke kan? :D and the best of the best of the best of the best part was...

kami mengajar orang ramai tentang sains. kami membawa orang ramai melihat dunia sains yang sebenar. kami memupuk semangat anak-anak kecil meminati bidang sains. dan kami gembira menyebarkan ilmu. setidak-tidaknya, dapat buat bekalan untuk 'di sana' nanti kan? :)


Pleo pengubat keletihan kami,
menjadi penghibur sepanjang hari,
kanak-kanak teruja sekali,
bersama Pleo tak kering gusi.

kalau nak tau lebih pasal Pleo, boleh baca dekat sini.

okeh! set up tempat. set up tempat!

Shaqil sangat tekun explain dekat abang tu tentang science trick

nak balik dah. boleh nampak semua orang duk sibuk menelepon abg mad suruh amek kitorg.

oh. dan ini saya :)


ps: kalau anda ada peluang join aktiviti macam ni, join la. tak rugi punyeeee :)

Monday, May 23, 2011

the memory remains

tengah duk sibuk-sibuk kemas gerobok kat bilik ni, tiba-tiba terjumpa benda ni. ohmai. ohmai. klasik you.


sapa tau ni buku apa? cepat! cepat! hahaha. ni namanya modul-modul yang digunakan masa PLKN dulu. buku ni banyak sangat kenangan. tapi .. tapelah. kita simpan dalam ingatan aje lah ye. kenangan-kenangan yang boleh menyebabkan bilik semak dan anai-anai buat parti, kita bako je~~

sangat rindu dekat kem geo kosmo. dan ilmu yang belajar dekat sana memang tak akan dapat dekat tempat lain. percayalah :)


ps: semua gambar PLKN dah hilang. sob sob :(

Monday, May 16, 2011

ajarlah anak kamu MEMANAH,berenang dan menunggang kuda


pernah try memanah? archery bukan sesuatu yang mudah. memang la senang pejam sebelah mata, tarik arrow then lepaskan. tapi untuk betul-betul mencapai target, bukan mudah.

i still can remember vividly betapa susahnya nak aim dekat bulls eye semasa latihan menembak M16 dulu. dapat pun dalam berapa yeh? 40++ je kot. hahaha. kira ok la tu dari tade points langsung. apepun just nak cakap, kalau ada sesiapa yang nak try memanah, nak try kekuatan tangan, atau sesiapa yang nak test muscle sape lagi kuat, boleh la ke sunway pyramid ye. kat aras atas tu. aras 4 kot. bayaran die reasonable jugak rasanya.

eh, ade camera. eksen terer sikit!

dan jangan risau. ada orang yang akan ajar cara lepaskan arrow dengan betul. dan kepada muslims, pergilah belajar.


dan ingatlah 3 perkara ini "ajarkanlah anak kamu memanah, berenang dan menunggang kuda".

wallahualam.


Friday, May 13, 2011

jom bako blogspot!


ni yang nak hangen dengan blogspot ni. dah la delete entry aku. delete pulak semua komen-komen aku. eee. bako kang baru tau.


heh. btw, nak cakap arep dah besar :)

walaupun dah pandai meniarap, dah pandai buat smirk smile (bajet die hensem la tu) tapi dia tetap tade rambut. agagagaga ;D

Thursday, May 5, 2011

baru 3 hari KOT!

well, hari pertama kerja was quite bad.
masa pergi kerja hampir kene langgar dengan sebijik kete.
sangat super penat.
kaki cramp. perut cramp.
time balik, hampir melanggar sebijik kete.
***

sinar yang diharapkan pada hari kedua,
namun mendung awan yang datang.
jem teruk gila.
baru hari kedua punch card dah merah.
dengan minyak nak pergi kerja serius kering.
pastu ade kereta carik pasal.
ko bajet aku perempuan, aku takut la?
bu!
dengan kerja super banyak.
pengsan.
***

hari ketiga?
i think it's 50-50.
minyak cukup, tak lambat dah.
tapi kerja bertimbun.
tak tahu macam mana nak menghadapi 3 bulan ni.
zzzzzzzz
***


dan kepada boja, sa pe ta u se :)

Sunday, May 1, 2011

happy birthday, fateen.


hari ini 1 mei. hari ini hari pekerja. hari ini hari cuti. hari ini hari ahad. hari ini ada kenduri jiran kawen. tapi apa yang saya terlupa? oh. hari istimewa kawan baik saya. and i feel such a jerk.

sibuk dengan keluarga, maybe. overexcited. satu family kumpul dalam satu rumah. well, kali terakhir kumpul macam tu ialah masa time raya kot. or maybe time kekly tunang last year. tak ingat la. tapi, tak leh jadikan tu alasan kan?



so, to my dear fateen farhana, i wish u happy birthday. may u have a blast one. *hugs and kisses* ;)