Tuesday, July 31, 2012

resepi: popia udang special!

weehee. lepas tengok rating search dekat blog ni kebanyakkannya pasal resepi, terus melompat-lompat nak share resepi lagi :)

so, kalau perasan, resepi lepas-lepas semua yang simple kan? kali ni agak renyah sikit, but really worth it! resepi ni adalah resepi warisan. ecewahhh ;D tapi betul. memang special dari mak saya. tak percaya? jom try buat! :D

BAHAN:

2 batang carrot
1 biji sengkuang
1 cekak kacang panjang (approx dalam 15 batang)
1/2 kg udang (approx dalam 30 ekor)
2 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2 sudu kecil udang kering
4 biji telur
1 tin jagung
1 bungkus kulit popia (40 keping)

CARA-CARA:

1) 'blend' semua bawang merah + bawang putih + udang kering. put aside.
2) parut carrot + sengkuang. potong kacang panjang pendek-pendek. put aside.
3) masak udang (yang telah dibuang kulit dan dipotong kecil) bersama sedikit gula + garam.
4) setelah udang kemerah-merahan, masukkan kacang panjang. masak sehingga kacang panjang menjadi agak lembut.
5) masukkan bahan yang telah di'blend' + hirisan carrot dan sengkuang + telur + jagung. gaul rata.
6) tutup api setelah naik bau.
7) masukkan inti dalam kulit popia :D

so, rupa inti popia tu lebih kurang macam ni lah.

dan jangan risau-risau. i know some of you yang tak pernah masak popia maybe kurang pasti macam mana nak lipat dia kan? dun wori mori. i'll teach you how eh.

so, firstly, letak inti tu kat tengah-tengah.

gulung macam ni.

lipat bucu tepi tu ke dalam macam ni.

taraaaaaa! da siap. senang kan? :)

ready to eat. selamat berbuka puasa!


ps: selamat mencuba!
pps: macam nak letak resepi kuih raya. tapi tengoklah kalau rajin.

Saturday, July 7, 2012

Flaming Steamboat Buffet : AWESOME!

selepas bertungkus lumus membuat recruitment di PWTC sempena pameran kerjaya tempoh hari, kami melepaskan lelah di  Flaming Steamboat Buffet yang terletak di Danau Kota. yeay! it was my first time actually. kinda easy to find the location. carik aje KL Festival City punya shopping mall. sebelah tu ade shop lots. kedai ni dekat-dekat situ la. 

so, jom kita buat review:

FOOD: dengan hanya RM 26.90, anda boleh makan sampai kenyang. it'll cost u around RM 28 if including tax. but it's worth it. food selection was variety. untuk section seafood, dia ada udang, udang galah, ikan, ketam, tiram, lala, kerang etc. then ada segala macam frozen food mcacam fish ball, meat ball, fish cake, etc..etc. then section untuk mushroom sahaja. cakap aje nak mushrom apa, semua ada.

for those who loves to eat carb, diorang ada nasi, mee, mee hun, kentang goreng, etc. for the dessert ada  lebih kurang 10 jenis perasa ice cream, sticks, marshmallow with hot chocolate, plus they have ABC and cendol some more. as for the sauce, macam -macam jenis sos ada dekat situ. cakap aje apa nak.

HYGIENE: kedai bersih, selesa, ada bantal-bantal lagi dekat seat, tak besar sangat but cozy enough.

FACILITIES: ada 2 toilet. ada surau, tapi surau tu satu je. so it means laki dengan perempuan kene share. but ada surau pun dah good enough for me.

SERVICE: service pun ok. layanan baik. tip top!







overall, i boleh kasi 4/5 bintang. and highly recommended! :)