ok. resepi ni telah terhasil secara tak sengaja. actually time nak buat kuih raya haritu tak cukup cornflakes. maka, saya tambah dengan nestum. surprisingly, i tastes sooo good. haha. so, if you're searching for something unique, maybe this cud be the one u're looking for ;)
bahan-bahan:
8 oz mentega (240 gram)
3 oz gula castor
4 sudu besar madu
1 kotak besar Nestle Cornflakes --> sebab Nestle punya tebal dan rangup.
4-5 sudu besar nestum ( meruntu)
1 sudu besar susu tepung
1 sudu teh esen vanila
mangkuk kertas
cara-cara:
1) masukkan mentega + gula ke dalam periuk. panaskan perlahan hingga mendidih.
2) masukkan madu + esen vanila. kacau rata.
3) tuangkan ke atas cornflakes yang telah dihancurkan sedikit. gaul rata.
4) tambah dengan susu + nestum. gaul sebati.
5) masukkan ke dalam mangkuk kertas. bakat dalam oven selama lebih kurang 15-20 minit.
**kuantiti gula dan madu boleh diubah ikut selera anda. jika yang sukakan manis, boleh kurangkan madu dan tambahkan gula. dan jika sukakan manis madu, kurangkan gula.
** sukatan susu tepung dan nestum juga boleh diubah mengikut citarasa anda.
selamat mencuba :)