Thursday, December 18, 2014

Icescape @ IOI City Mall


Haritu dah berjaya menjejakkan kaki ke IOI City Mall, Putrajaya. Yeay! Lepas ni ada new shopping complex kat area Bangi. Tak de la sesak Alamanda tu lagi dah. 

Tapi masa pergi tu baru 2 weeks bukak rasanya. So, kedai bnyk tak bukak lagi. But we managed to try out their ice rink!

Nama dia Ice Scape. Level 1 tak salah. Katanya olimpic size. Tapi entah la. Macam takde beza jee dgn kat Sunway tu. Hahaha


Haruslah ada gambar tengah skate kan? Padahal duk main kat tepi-tepi je. 

Tapi harga dia agak mahal sikit dari Sunway punya tu. 


Atas ni Sunway punya harga. Bawah ni IOI Mall punya harga.


Kalau nak murah sikit, sila bawak gloves + stokin sendiri ya.



Wednesday, December 10, 2014

A perfect anniversary sundate!

Alhamdulillah. Allah panjangkan usia kami, usia perkahwinan kami. Pada 7.12.2014 haritu, genap 2 tahun bahtera kami berlayar. 

Tipulah kalau takde hujan, ribut, angin bergelora sepanjang pelayaran kami, but alhamdulillah..we managed it well. With Allah's help.

Jadi, pagi tu kami pergi Ke Dip n Dip, bangsar. Yeayyyy! Lamaaaa gila postpone nak pegi. Akhirnya dpt jua. Save the best for past org kata. Hehe


U know what, masa kami dtg tu still early. Dlm 11.20mcm tu la. Baru bukak. Masuk-masuk kedai, dengar staff diorg pasang bacaan ayat al quran. Subhanallah. I didn't expect that, seriously. Ingat dah salah masuk kedai tadi. Only when a group of chinese masuk batu diorg tuka kpd muzik jazz mcm tu. Hmmm. 


Taraa. As usual, haruslah order something yg ada corak-corak coklat ni. Signature dish kot. Balik rumah terus beli coklat van hauten nak try. Hehehe



And taraaaa...surpriseee!


Masa ni macam "ehh..eh... Apa ni?"

Lepas tu duk tacing pulak laa.. Konon mata masuk habuk laa.. Nak buang tahi mata laa.. Padahal nak hide air mata. Macam la orang tak tau.. (^_^)


Actually, i didn't expect that he will be so flattered when he look at the gift. Sebab hadiah tu unik. He keeps on mentioning bout it even after 2 days of the anniversary . Maybe you can try to ur partner as well. 


It's actually a box with 24 coupons ( because 2nd year anniversary = 24 mohths). So, i made 24 coupons for him to love me even more... U can do almost anything with the coupon, namely " 1 night out with the boys", " Futsal night " , "NO driving day" ,so on and so forth. Just think of anything that ur partner loves to do. U can make it for birthday too :)

Ok.  Lepas tu kami pekena pulak nasi arab Al-Diafah di Sri Petaling. Pergggh. Terbaik! Lagi sedap dari Hadramawt. Camtu ke eja dia eh?


Sampai-sampai, cari seat bersofa, letak si kecik ni kat situ , dan kami pun melantak dengan bahagianya. Later i'll make a review ya.

So, alhamdulillah. 2 years of marriage and 1 little boy. What more can u ask? 

Happy. Happy.

Friday, December 5, 2014

Review: Villa @ A Famosa, Melaka


Ever since saya kecik lagi, everytime lalu di highway utara-selatan, mesti akan tengok bungalow A Famosa dari tepi jalan. Bapak saya selalu cakap "someday nanti kita pi tidoq sana na". But bila dah besar, sorg ni kat asrama, sorg dekat U...lepas tu sorg ni keje perak, sorg ni keje penang..sampai sudah tak pergi.

Finally, last week dapat jugak kami pergi ke A Famosa! Yeayy! Searc online, villa dia kemain mahai. Harga villa dah dekat rm 500. Surcharge dekat rm400. Cuti sekolah katakan. But then, search kat google, ada la private villa. Harga very affordable. Try la cari villafamosa.com.  Highly recommended! Harga utk 3 room, and PRIVATE pool baru dalam rm400+!!


Ample parking lot. Kawasan rumput dia pun besar kalau budak-budak nak main police and thief 
( polis entry).


Ladies n gentleman, introducing...Mr Pool! Terbaik kan? Dah la fully tiled. Ada fence pulak tu. Memang kita tak nampak org sebelah, org sebelah pun tak nampak kita. Happy. Happy!




Amani yang keletihan berenang duk syok makan durian. :)


Bila malam tibaaaa..apalagi..BBQ la beb! Tools utk BBQ semua disediakan. Just bawak bhn bakar n fooooood aja .



Assistant merangkap chef chief khadam. Hehe. Rajen De ni. 


Ohhh and yeah. Happy Birthday yaya! As usual, semua orang tgh kemaruk Frozen sekarang. Tapi sayang. Harga kek mahai, tapi rasa sedikit mengecewakan.


Sila cari jari Amani dalam gambar di atas. ^_^

Overall memang puas hati. Bilik besar. Rumah memang bersih. Pool pun bersih. Dapur ada fridge, tempat masak, sudu pinggan mangkuk semua ada. Aircond pun takde problem. Tq Villa Famosa for such a wonderful experience.


Till we meet again. Tata :)