Wednesday, December 2, 2015

Ahlan Wasahlan Aisya Zaheera

Alhamdulillah. Harini dah 6 hari sy melahirkan my first princess. Betulla org cakap, pengalaman mengandung dan melahirkan setiap anak itu berbeza.

This time, kami masih lagi check up monthly dan bersalin di Hosp Pakar An Nur. Reason? Sebab An Nur sangat best :) ya, memang orang kata "alah, bayar mahal-mahal, tapi sakitnya sama je kalau bersalin hospital kerajaan". Mari saya cerita kelebihan Hospital Pakar An Nur dan kenapa saya snggup pergi ke Bangi dari Hulu Kelang dan meredah jem MRR2 utk bersalin. 

1) Alhamdulillah, saya boleh menunggu sakit contraction di labour room yang selesa, sambil dengar bacaan Quran dari suami sy di sebelah

2) dapat makanan sunnah utk alas perut ( kiwi,apricot,kurma,kismis). Plus, kalau lapar, boleh request hot drinks ( saya dapat roti gardenia +vico ). 


3) Semua orang hanya wanita, jadi tak kisah kalau nak bukak tudung atau takut aurat terdedah.

4) Dalam setiap labour room disediakan telekung + sejadah utk solat jika dah masuk waktu. Nurse kan dtg beritahu dah masuk waktu solat (walaupun sbnarnya boleh dgr sbb masjid depn hospital :D )

5) Nurse dan Doktor pun terlatih dan berpengalaman. Jahit luka perineum tak sakit. (Okay tipu. Ade la rasa sakit sikit mcm kene gigit semut gitu)

6) etc. Banyak sangat nak cerita.

Jadi, tak mengapalah kalau bayar mahal sikit untuk kepuasan hati. Ye dok?

Bersalin kali memang lain sikit. Malam 26 November tu dah ada rasa sakit sikit-sikit. Every 10 minutes. Tapi...tak kot? Lapar ni agaknya. So, minum secawan nestum, ehh hilang pulak sakit tu. Ok. Tido dgn nyenyak.

Pagi 27 November tu ada rasa sakit sikit, tapi tak macam contraction. Mcm sakit perut. Dalam hati "ni mesti sebab semalam makan pizza neh. Terlebih sos letteww". Tapi peliknya, sakit perut ni mcm every 10-15 mins pulak. Check bloody spot takde pula. Call hubby, minta patah balik rumah ajak pergi check kat An Nur. 

Yang bestnya, dah sampai sana tak sakit. Aduhh. Habis la aku kene marah dgn nurse sebab jalan tak bukak lagi. Sekali bila bidan check " ok puan, dah 6cm ya". Allahuakbar. Dulu masa Ammar, 4 cm pun dah sakit. Ni 6cm boleh gelak-gelak lagi dgn hubby. So, takpelah. Kuatkan mental dan fizikal sbb dah boleh imagine macam mana sakit contraction. Tunggu punya tunggu punya tunggu.. Tak sakit-sakit. Hubby dah siap-siap pergi masjid Solat Jumaat. Saya pun solat Zohor then tunggu contraction. Aduh..boring pulak sakit tak mai-mai. Boleh la lena sat 5-10 minit. Hubby balik masjid terus ngadu "yang, macam lambat je? Tak sakit sangat la. Dari tadi adela sekali dua je sakit".

Tak lama lepas tu, nurse n Dr Fatimah pun masuk. Dr nak check bukaan lagi sekali. And guess what? " okay, dah 9cm ya. Sikit lagi boleh push. Kalau rasa nak terberak tu dah full ya".

HAA? What? 9cm and aku boleh duk lena tidoq? Allahuakbar. Memang Allah nak tolong. Allah tarik kesakitan tu. Allah. Dipendekkan cerita, pukul 2.24ptg, lahirlah baby girl seberat 3.15kg. Alhamdulillah.


Introducing, Aisya Zaheera Bt Ahmad Hafiz :) syukur ke hadrat Allah. 

What i'm trying to say here is, rahmat Allah tu sangatlah besar. Sangatlah luas. Sangatlah tak terjangkau dek akal. Can u imagine 9cm, beranak normal tapi tak sakit? Sebelum tu boleh solat Zohor secara normal. Semua doa saya Allah perkenankan. Allah. Malunya. Amalan tak seberapa. Bersangka baiklah dengan Allah. Dan sentiasa doa dengan ikhlas tanpa jemu. Mudah-mudahan Allah tolong. Above all, Dia yang Maha mengetahui. 

Special thanks to my hubby, to Dr Fatimah and all nurses di HPAN yang assist sepanjang sy berada di sana dan keluarga dan rakan yang sentiasa mendoakan.

Thursday, November 19, 2015

Of Baby n Ammar

Dear diary,

Today is 19th nov 2015. Harini masuk 37 minggu, hari ke 2. Nervous kali ni mmg lain macam. But alhamdulillah, baby is okay. Haritu scan sihat. Cukup air ketuban semua. Kali ni jugak tak kene minum air gulaaaa! Yeeehaaa! Kaki tak bengkak. Alhamdulillah. Syukur.


Sehari dua ni jugak dah start sakit-sakit. Tak tau la baby nak keluar bila. EDD lambat lagi, 12/12/2015 katanya. Hahaha. Tapi instinct rasa mcm dah dekat. Apepun, mummy can't wait to see you sayang. Jumpa nanti ya InsyaAllah :)

Abg ammar? Biasala. Semakin manja tahap kuasa 23. Tak boleh ibu hilang langsung. Nak tido nak peluk ibu. Nak main lego nak ada ibu duk sebelah dia. Hmmm. Otak pun makin bijak, cuma still masalah berak keras. 


Budak bijak main lego dengan cawan. Fav toys dia skrg.


And kuat makan skrg. Fav food: roti, nasi lemak, caramelized oat ( yg ibu masak ), ayam masak lemak cili padi, air sirap.

Ok dah azan isyak. Gtg. Ada masa kita update lagi ya. Tq diary. Hopefully one day my children will read all these things. Sbb kalau tulis dlm buku nnt kene makan anai2. Hehe. Till then, see ya :)


Monday, October 26, 2015

Happy Birthday, Ammar Zhariff

Well, obviously this is a post dated entry. Soo busy lately. Phewww.

To my dear Ammar Zhariff,

Tq for being part of ibu's and ayah's life. These 2 years had been tremendously wonderful. Alhamdulillah. There are no words ibu ayah can describe how much we love you, sayang. Be a good one. Nanti besar, jaga adik-adik. Jaga ibu ayah ya. Hopefully one day u will read this ;)

Tq Allah for giving and lending us Ammar Zhariff.


Selamat ulang tahun ke-2 sayang! Muah!

Friday, October 2, 2015

Resepi: Peach Cheesecake

Dari dulu lagi selalu fikir, macam mana orang yang alah dengan berries ni nak makan cheesecake? Sebab Ammar awal-awal dulu pun kami strict no blueberries AT ALL! Sebab masa tu dia kecik lagi. Katanya budak G6PD tak boleh ada methylene blue dlm food intake dia (which most blueberry jams ada).

And so, semalam nampak ada satu tin peach tak bukak-bukak. Tergerak hati nak try buat. And alhamdulillah, the result was overwhelming! Mak siap pesan jangan habiskan sbb bapak tak makan lagi. Hahaha. Laju sangat orang duk ngap. My sis yang tak suka tak suka tak suka cheesecake suddenly mintak resepi lepas makan tu. So i guess, it was a successful exeriment after all :)


Bahan-bahan:

Crust:
Beberapa keping oreo
Mentega

Filling:
250g cream cheese (1 paket kecil cheese  Tatura)
1/2 tin susu pekat
1/2 cawan susu cair Ideal
2 biji telur
1 sudu besar jus lemon
1 sudu teh esen vanilla

Topping:
1 tin buah peach

(sorry, tak pandai snap gambar dan potong kek. hahaha )

Cara-cara:
1) blend biskut oreo (tanpa cream putih)
2) gaulkan dengan sedikit mentega cair (masuk microwave je)
3) ratakan dalam loyang. Bakar sebentar. (tak nak bakar dulu pun boleh). Letak tepi.
4) masukkan cream cheese, susu pekat, susu cair, blend sebentar.
5) masukkan telur, jus lemon dan esen vanilla, blend lagi hingga halus dan sebati.
6) tuang ke dalam loyang tadi. Bakar selama satu jam.
7) bila dah masak, sejukkan pad suhu bilik dan buat topping atas. 
8) masakkan lebih kurang 1/2 cawan air dari tin buah peach tadi beserta sedikit buah peach yang dah dicincang halus. Masak sampai pekat. Masukkan ke dalam blender untuk jadikan puri.
9) selepas cheesecake sejuk, tuang puri peach tadi ke atas cheesecake dan hiaskan dengan kepingan peach yang dah dipotong kecil. Sejukkan dalam peti ais selama 5-7 jam atau semalaman.
10) Ngapppp laa apa lagi :D


Ps: kalau nak cheesecake tinggi lagi, double kan cheese,doublekan bahan. Selamat mencuba!

Tuesday, September 15, 2015

Diserang Denggi!

First time dalam keluarga ada yang terkena denggi. Bukan mak bapak, bukan adik beradik, tapi suami sendiri. Allah. Dugaannya Allah sahaja yang tahu. Cik hubby kene denggi dekat 7 hari. Sepanjang tu jugaklah cik hubby duk terlantar atas katil, makan bersuap, berselimut, berdemam panas.

Mulanya ingat demam biasa, tapi bila 2nd day tu tak kebah lagi dah pelik sikit. Uphamol dah dekat sepapan dia bedal. 

Hari ke-3
On 3rd day tu dah start tak sedap hati. Pergi Klinik Idzham di Pandan Jaya. Dr tu check biasa je. Tanya2 sikit. Tak sampai 3 minit. Kasi antibiotik. Tu pun dekat RM 70++. Stresss aku! Ubat panadol je pun kot. Kalau consultation Dr pakar paham gak. Ni kalau setakat Dr biasa-biasa buat locum nak charge consulation mcm Dr pakar, benggang jugak la kan. Hmmm. Request utk check darah, Dr tu tak nak buat. Dia kata bukan denggi. -_-"

So, balik tu, cik Hubby masih lagi duk selubung. Bila makan antibiotik, jadi lagi tak keruan. Tak boleh tidur satu malam. 

Hari ke-4
Esoknya pergi HUKM, cek sample darah. And the result isssss....platlet darah drop! Possibility of dengue fever is very high. Allahuakbar. Tapi tak admit sbb katil penuh, plus, indicator lain semua ok. So, still kene monitor.

Betullah orang kata, you will know how strong you are only when being strong is the only choice you have. I am juggling between taking care of my hubby, go to supermarket to buy fresh crab, feeding ammar, making crab soup for my hubby, handling ammar some more ( wash his poop, shower him, play with him, feed him again), feed my hubby, doing laundry, etc etc. oh my god. Seriously exhausting! Dengan keadaan i yang pregnant 7 months..Allah aja yang tahu rasanya.

Hari ke-5
Harini ambil darah lagi, platlet masih drop. But since the Dr at KK was a bit kerek ( she didn't even look at the blood result properly. She just glanced at it! Seriously?). 


Hari ke-6
Tak puas hati dengan Dr KK semalam, harini pergi terus HKL. Dlm masa sejam setengah, Dr check result getting worse. So, terus admit ke HKL.

Masa ni cik Hubby dah nak pitam. Twice!

Serabainya lah laki aku. Hahahhaha. Ni masa di 3rd class ward. Sbb tak boleh upgrade ward selagi pakar tak jumpa. Nak tukar hospital, cik Hubby dah tak larat. So, stay lah kat situ. Masa ni mmg tak larat. Berjalan sana sini. Teman cik Hubby sampai mgrb. Ammar pun tak ambil lagi. Nak ke kereta dah la jauh. Menapak lagi. Fuhhh. 

Alhamdulillah, after few days cik Hubby dah sihat. It was a nightmare for us. Moga Allah ampunkan dosa2 kami. Sesungguhnya sakit itu kifaran dosa. :)

Wednesday, September 2, 2015

Leap Frog : superb educational toys

Benda yang ditunggu-tunggu dah sampai. Taraaaa. Tapi kali ni memang cepat. Dlm seminggu lebih je. Tq soo much Drypers sbb ada sistem points m redeem. Sangat menjimatkan! Kalau anda sedang mencari-cari educational toys utk anak anda, try this one!



It's like your child own laptop. Kisahnya sebab lately, kami nampak Ammar a bit carried away dengan iPad. Memang pada mulanya tak nak ajar dia dengan iPad, tapi kadang tu kita dah penat sangat, memang iPad la jawapan dia. Hahaha. So, i purposely chose this Leap Frog Laptop so that Ammar boleh distract dari obses sangat dengan iPad. Andddd alhamdulillah! It works!!



One thing yang bagus sebab dia sangat interactive. Ada lebih kurang 16 songs, setiap alphabet ada phonetic sound , ada animal animation, games teka animals, info pasal animal,etc etc.

Overall i am very happy. Cuba jugak check price dia...hahahhaaha. Jimat mak rm116. Phewww!



Thursday, August 13, 2015

Review: Storksak diaper bag

Alhamdulillah. After almost 2 years tunggu, akhirnya dapat jugak sebijik handbag Storksak ni. Weeee :)


This is Storksak Olivia. Just bought from someone yang kebetulan baru beli and nak letgo at half price. Fuhhhh! Memang rezeki. 



Zip kat depan ni memang sangat berguna. Dia besar, so memang boleh muat buku saiz latihan tu. I just put my maternity check up book je kat situ.


Bahagian dalam beg. Seriously, kat dalam je ada dalam 6 compartment dan 1 zip. Kat luar ada extra lagi 4 compartment. So total ada 10 conpartment and 2 zipped pockets. Meriah ke tak meriah? Haaa. Kemain sumbat segala barang dalam tu.


Oh ya. Setiap set didatangi dengan 1 changing mat, 1 insulated bottle, 1 pouch dan 1 strap panjang. Dannn ia saaangatlah cantik, classy and rich. Hehe. Love it. Love it.


Well, i guess that's all. Boleh try ushar dekat fb atau mana2 insta yang jual. Just type #storksak, #storksakmalaysia atau apa-apa lah yang berkaitan storksak. Ok mommies! Welcome to mommy world! :)

Friday, August 7, 2015

Review: Ulek Beach Resort, Dungun


So, last Sunday, i went there with my family. Itupun sebab nak bawa bapak berubat kat Dungun. Sampai sana dah petang, so, terus check in. Kita belanja gambar dulu lah ya.


View on the way ke bilik. Konsep chalet dia macam ala-ala rumah kampung lama.


Ni bilik kami. Bilik standard rasanya. Ok la. Luas juga. 

Abaikan budak kecil yang boring kepenatan itu. Hee. Ok, kat sini pelik satu benda. Dia letak kettle dalam almari. So, bila masak pun kene letak dalam almari. Seriously? you masak air dalam kabinet? Reput la kayu kabinet tu nanti kan? 
Dressing table dan almari. Kat situ ada laci dan hair dryer.


Taraaaa. Siap ada iron, ironing board, extra pillow dan sejadah.

And this is the best part! Jakuzzi. Tapi ni jugaklah tempat paling tak best. I tell u why. Satu, bath tub dia kat bawah. So, kalau ada leaking air dari sinki atau wc tu, ada possibility dia turun ke bath tub tu. Dua, diorang tak buat sebarang tempat pegang untuk turun dan naik ke bath tub tu. just imagine, i tengah preggy 6 month and i have to hold tempat letak sabun dia tu untuk turun mandi dan naik ke atas balik lepas mandi. Dangerous u know! licin pulak tu. Tiga, heater dia tak berfungsi. Stress pagi-pagi kene mandi air sejuk gigil gigil. Kesian anak kecil saya mandi air sejuk.


This is the breakfast buffet. I can give them 4 stars for this one. Sebab memang sedap! Lauk dia banyak juga, ada nasi dagang + lauk ikan, kuew teow goreng, sosej, baked beans, pancake, bubur nasi, cekodok, kuih muih, fruits, roti , egg section dan cereal.

Ammar buat muka tak puas hati sebab atuk dengan wan makan sedap. dia kene makan cereal aja. hihihi


Dan ini adalah pool dia. Sadly, masa datang tu pool dia nampak kotor dan berlumut. Pool kanak-kanak pula dia under maintenance letak klorin. 

Sebelum balik kita selfieeee satuuu :)

Overall, ada banyak ruang untuk penambah baikan .Harap pihak management ambil maklum dengan feedback customer. Sebab masa kami stay kat sana, rumput sangat panjang. My parents duduk di bilik OKU. Rammed yang dibuat still agak tinggi. WC guna air yang terus keluar dr bawah bowl tu, makin sukar untuk orang kelaian upaya nak guna. Then bilik mereka habuk kipas sangatlah tebal as if dah months tak berkemas. i kow tu bilik OKU ( which means jarang orang pakai ) but please, harga satu malam bukan RM 80. you charge kita mahal. jagalah kualiti. 

That all review from me. TQ.











Monday, July 20, 2015

Raya 2015: part 1

Salam Aidilfitri dari kami sekeluarga. Dengan rendah hati, kami memohon kemaafan di atas segala salah silap keterlanjuran kata dan laku yang ada mengguris mana-mana pihak, harap diampun.


OOTD: #nazneendressrsc #ariani #maroztailor

Wednesday, July 15, 2015

Review: Restoran Chop n Steak

The other day teringin sangat nak makan western. So hubby bawak pergi satu restoran dekat dengan seri kembangan. Tempat permainan zaman dolu-dolu katanya ( since dulu dia duk kat Serdang). Semangat nak kasi isteri dia try. Nama dia Chop n Steak.


Dah call awal-awal untuk reserved. Biasalah, bulan ramadhan, takut full house je. So, bila sampai tu, dia beri table dekat luar. Kat sini macam tak ouas hati pun ada. Sebab bila minta tukar meja kat dalam, ( redup sikit dan sejuk since kat luar panas and kesian kat ammar) diorang tak kasi. Katanya dalam dah penuh. Tapi sampai dah habis makan masa berbuka tu, banyak ajaaaa meja kosong kat dalam tu. Heh!

Dari segi food, okay la. Price dia agak murah compared dengan kedai lain yang jual western. Portion dia memang besar dan mengenyangkan. Mushroom soup dia pun berbeza sikit sebab ada isi ayam sekali kat dalam tu. Dah macam mushroom+chicken soup. Dan memang sedap.



Ni sirloin beef steak. Berapa tah harga. Lupa. Hehe. Nampak sekeping je, tapi sebenarnya bawah tu depa sorok lagi sekeping daging. Memang kenyang satu pinggan pun.



Ni mix platter. Combo lamb steak dengan chicken chop. 


Overall, not bad jugak la. Air dia gelas besar, baru rm3. Ada haritu punya kedai (kalau rajen nanti i buat review) gelas biasa je ( yang kurus tu), tapi charge sampai rm5. Melampau sangat.


Boleh la kan? Both of the dishes less than rm15. Mana nak dapat tempat lain?


Oh lupa. Dia siap kasi air mineral dan satu tuppaware kurma untuk berbuka. Ammar aja bedal sampai 5 biji. Hahaha.

Sunday, June 28, 2015

Review: restoran Al Diafah, Kajang


Alhamdulillah, semalam dapat juga Samah's clan berbuka satu keluarga. Since my sister in law and brother in law pernah duduk di Iran dan berkerja di Madinah, so diorg memang sangat suka makan nasi arab . I've tried few middle east restaurant ( in Malaysia of course ) macam Hadramawt, but i would say Al Diafah have the best nasi arab in town!

OK, Actually Al Diafah ada dua cawangan, satu di Sri Petaling (landmark : CWA Sri Petaling ) dan lagi satu di Kajang (landmark : berdekatan dengan Laman Grill milik Chef Zubir Masterchef ). Tapi Sri Petaling punya agak kecil dan sesak sedikit berbanding di cawangan Kajang, plus agak susah untuk bawa OKU dine in kat situ ( since bapak saya pakai wheelchair). So, we decided untuk makan di Kajang.


Call aja untuk tempahan meja. Bila kita sampai, dia terus bawa kita ke meja kita :) oh ya. Setiap meja dibekalkan loceng untuk panggil waiter. So, kalau nak tambah order ke apa-apa ke, Just tekan loceng tu aja. Jangan buat macam kat mamak pulak duk panggil "anne..annee". hahaha

Masa kami sampai, kedai masih kosong lagi. so, saya belanja gambar aje lah ya.




Ruang yang sangat luas. Dan yang bestnya, kedai dia ada sofa. So, macam last time kami makan di kedai Al Diafah ni, Ammar tengah tidur. Kasi je dia baring atas sofa yang penuh dengan bantal gebuss itu.


Gambar hero kene ada. Ye dok?

Dan ni pula lauk berbuka kami. Since kami ramai, so kami ambil dua set untuk 4 pax punya. Satu BBQ Chicken dan satu lagi Mandy Chicken. Both with Al Diafah rice. perghhhh. Serious lagi sedap dari mandy rice dia. Cuma kalau ambil by plate, dia mahal sikit. Ambil sedulang besar ni, sama pulak harga dia. Haha. Untuk satu dulang ni harga dia RM 75. Tapi memang boleh makan dekat 9-10 orang.



Okay, ni pula ruang solat dia. Besar dan selesa. Pun ada sofa jugak kalau makcik-makcik duk penat naik tangga. Sebab surau dia kat tingkat 2. Telekung semua ada disediakan. Jangan risau ;)


La ni kita upload gambaq budak-budak yang duk hingaq satu restoran tu la naa. Penyeri Samah's clan :)



Big Boss dan Mem Besar.


Anak-anak Big Boss dan Mem.


Ok. tu je kot. Overall, memang puas hati makanan dia sedap. Air kosong free. Hang mintak la 5 jag pun free jugak (sebab kami mintak sampai 5-6 jug. hehe ). Servis yang mantap. But of course, bawak duit lebih sikit naa. Selamat berbuka.