Wednesday, December 2, 2015

Ahlan Wasahlan Aisya Zaheera

Alhamdulillah. Harini dah 6 hari sy melahirkan my first princess. Betulla org cakap, pengalaman mengandung dan melahirkan setiap anak itu berbeza.

This time, kami masih lagi check up monthly dan bersalin di Hosp Pakar An Nur. Reason? Sebab An Nur sangat best :) ya, memang orang kata "alah, bayar mahal-mahal, tapi sakitnya sama je kalau bersalin hospital kerajaan". Mari saya cerita kelebihan Hospital Pakar An Nur dan kenapa saya snggup pergi ke Bangi dari Hulu Kelang dan meredah jem MRR2 utk bersalin. 

1) Alhamdulillah, saya boleh menunggu sakit contraction di labour room yang selesa, sambil dengar bacaan Quran dari suami sy di sebelah

2) dapat makanan sunnah utk alas perut ( kiwi,apricot,kurma,kismis). Plus, kalau lapar, boleh request hot drinks ( saya dapat roti gardenia +vico ). 


3) Semua orang hanya wanita, jadi tak kisah kalau nak bukak tudung atau takut aurat terdedah.

4) Dalam setiap labour room disediakan telekung + sejadah utk solat jika dah masuk waktu. Nurse kan dtg beritahu dah masuk waktu solat (walaupun sbnarnya boleh dgr sbb masjid depn hospital :D )

5) Nurse dan Doktor pun terlatih dan berpengalaman. Jahit luka perineum tak sakit. (Okay tipu. Ade la rasa sakit sikit mcm kene gigit semut gitu)

6) etc. Banyak sangat nak cerita.

Jadi, tak mengapalah kalau bayar mahal sikit untuk kepuasan hati. Ye dok?

Bersalin kali memang lain sikit. Malam 26 November tu dah ada rasa sakit sikit-sikit. Every 10 minutes. Tapi...tak kot? Lapar ni agaknya. So, minum secawan nestum, ehh hilang pulak sakit tu. Ok. Tido dgn nyenyak.

Pagi 27 November tu ada rasa sakit sikit, tapi tak macam contraction. Mcm sakit perut. Dalam hati "ni mesti sebab semalam makan pizza neh. Terlebih sos letteww". Tapi peliknya, sakit perut ni mcm every 10-15 mins pulak. Check bloody spot takde pula. Call hubby, minta patah balik rumah ajak pergi check kat An Nur. 

Yang bestnya, dah sampai sana tak sakit. Aduhh. Habis la aku kene marah dgn nurse sebab jalan tak bukak lagi. Sekali bila bidan check " ok puan, dah 6cm ya". Allahuakbar. Dulu masa Ammar, 4 cm pun dah sakit. Ni 6cm boleh gelak-gelak lagi dgn hubby. So, takpelah. Kuatkan mental dan fizikal sbb dah boleh imagine macam mana sakit contraction. Tunggu punya tunggu punya tunggu.. Tak sakit-sakit. Hubby dah siap-siap pergi masjid Solat Jumaat. Saya pun solat Zohor then tunggu contraction. Aduh..boring pulak sakit tak mai-mai. Boleh la lena sat 5-10 minit. Hubby balik masjid terus ngadu "yang, macam lambat je? Tak sakit sangat la. Dari tadi adela sekali dua je sakit".

Tak lama lepas tu, nurse n Dr Fatimah pun masuk. Dr nak check bukaan lagi sekali. And guess what? " okay, dah 9cm ya. Sikit lagi boleh push. Kalau rasa nak terberak tu dah full ya".

HAA? What? 9cm and aku boleh duk lena tidoq? Allahuakbar. Memang Allah nak tolong. Allah tarik kesakitan tu. Allah. Dipendekkan cerita, pukul 2.24ptg, lahirlah baby girl seberat 3.15kg. Alhamdulillah.


Introducing, Aisya Zaheera Bt Ahmad Hafiz :) syukur ke hadrat Allah. 

What i'm trying to say here is, rahmat Allah tu sangatlah besar. Sangatlah luas. Sangatlah tak terjangkau dek akal. Can u imagine 9cm, beranak normal tapi tak sakit? Sebelum tu boleh solat Zohor secara normal. Semua doa saya Allah perkenankan. Allah. Malunya. Amalan tak seberapa. Bersangka baiklah dengan Allah. Dan sentiasa doa dengan ikhlas tanpa jemu. Mudah-mudahan Allah tolong. Above all, Dia yang Maha mengetahui. 

Special thanks to my hubby, to Dr Fatimah and all nurses di HPAN yang assist sepanjang sy berada di sana dan keluarga dan rakan yang sentiasa mendoakan.

No comments:

Post a Comment